BiSkUtZ Da LeMaU

Mengembara Bersama Biskutz

Doa Harian

Doa-doa mashyur ketika melakukan amalan harian

1. Doa Ketika Bangun Tidur

Ertinya: "Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya kami kembali."

2. Doa Ketika Memakai Dan Menanggalkan Pakaian

Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."

3. Doa Keluar Atau Memasuki Rumah

(Ketika keluar dari Rumah)

(Ketika masuk rumah)

Ertinya:"Ya Allah aku bermohon kepadamu sebaik-baik tempat ,masuk dan sebaik-baik tempat keluar; dengan nama Allah kami masuk dengan nama Allah juga kami keluar dan kepada Allah,Tuhan kami, kami bertawakal (berserah diri)"

4. Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas

(Ketika Masuk Tandas)

Ertinya:"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari gangguan syaitan jantan dan betina"

(Ketika Keluar Tandas)

Ertinya:"Aku mohon ampun pada Engkau wahai Tuhanku, segenap puji bagi Allah yang mengelakkan bahaya itu daripadaku serta menyihatkan badanku."

5. Doa Ketika Berwuduk Mandi Dan Azan

(Ketika Berwuduk)

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan luaskanlah rumahku dan berilah berkat dalam rezekiku."

(Ketika Selesai Berwuduk)

"Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa serta tiada sesuatu pun yang menyamai-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba-Nya dan rasul-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku dari orang-orang yang bersuci."

(Ketika Selesai Azan)

"Ya Allah ,Tuhan yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan solat yang akan didirikan , kurniakanlah kepada Nabi Muhammad SAW kedudukan dan keutamaan dan bangkitkanlah baginya kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan."


6. Doa Ketika Makan

(Ketika Makanan Terhidang- sebelum makan)

Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."

(Ketika Selesai Makan)

Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin."

7. Doa Apabila Bermimpi

(Apabila mendapat mimpi yang baik dan disuruh menceritakan)

"Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam"


(Apabila mendengar cerita mimpi yang baik)

"Semoga baik apa yang engkau temui dan terpelihara dari keburukan engkau. Semoga baik untuk kita dan buruk untuk musuh-musuh kita. Segala pujian bagi Allah Tuhan seluruh alam."


(Apabila mendapat mimpi yang buruk dan ditegah menceritakan)

"Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Engkau daripada keburukan mimpi."


(Ketika terjaga kerana terkejut atau takut sesuatu di waktu tidur)

"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan-Nya dari kejahatan hamba-hamba-Nya dari bisikan syaitan yang mendekatiku."


8. Doa Tidur

(Sebelum ia tidur, hendaklah ia bersihkan(kibas) tempat tidurnya tiga kali dan berdoa)

"Dengan namaMu wahai Tuhanku,aku baringkan lambungku dan kerana Engkau aku mengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku(Kau ambil nyawaku), ampunilah diriku, jika Engkau lepaskan (kembalikan) jiwaku, maka peliharalah diriku sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang salih."


(Ketika Akan Berbaring di tempat tidur)

"Ya Allah, aku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan kecuali Dia ,Yang Hidup,Yang Jaga dan aku bertaubat kepada-Nya." (3 kali )


9. Doa Selesai Sembahyang Atau Selesai Majlis

(Zikir-zikir selepas sembahyang)

Tasbih (33 X)

Tahmid(33X)

Takbir (33X)

Dan disempurnakan dengan

Ertinya:"Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa ,yang tidak ada sekutu bagi-Nya, kepunyaan-Nya segala kekuasaan dan kepunyaan-Nya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu."
Ertinya:"Ya Allah bantulah aku berzikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan sebaik-baik ibadat kepadaMu."

(Ketika meninggalkan majlis)

Ertinya:"Maha Suci Engkau Ya Allah dengan segala pujiMu,aku bersaksi tidak ada tuhan kecuali Engkau aku bermohon ampun kepadaMu dan aku bertaubat kepadaMu."

Doa Hari Ini



Doa ini aku amik kat darussyifa..
Semoga aku dpt menjadi seorg yg sabar..

Penerbangan Percuma



Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.


Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, ianya atas kesudian Pencipta kita.


Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton.


Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana.


Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam.


Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.


Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.


Di mana layanan dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.


Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.


Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.


Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.


Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.


Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.


Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.


Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..


Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.


Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang.


Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.


Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.


Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.


Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.


Ya! Berita Baik!!


Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu, bergembiralah selagi boleh!


Dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan..


BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???


"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat. Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya telah beruntung. Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
( Ali Imran : 185 )


Renungi maksud sabda baginda saw :

Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku"


p/s: sememangnye kehidupan kita tak kan kekal di dunia yg fana ini..


Hanya Ingin Mengingatkan

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia

Sebanyak Lima (5) Kali .....

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah,Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Jenis Penawarnya ....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu adalah penawarnya

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.



Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.

Zuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya.

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.



P/s : entry kali ni aku copy dr fs, sebagai renungan ntuk aku yg sering alpa...

BooSaNnnnnnnnnn...

Arini 4 Rejab.. uat pertama kalinya aku berpuasa
di dlm bln rejab ntuk thn ini...

Patutnya 1 Rejab aku dh start pose..
Tapi aritu aku termiss lah plak..
Lambat bangunlah..
kalo bln lain, nk pose, aku mest sahur dlu..
Kalo X sahur.. aku mmg x larat nk truskan pose...
Lainlah kalo bln Ramadhan.. Kalo x sahur..
Aku tetap leh posenyer..

Pelikkan aku ni... Yer.. Aku ni mmg pelik sket...

Eeee... skejap jerkan nk bln ramdhan..
lepas rejab, sya'ban, pastu ramadhan...

X sabo aku nk menempuh bln ramadhan...

antara sbab musababnyer.... aku x sabo nk ghayer..
aku nk mkn biskut ghayer, pastu ketupat,
rendang, aihh mcm2 agilah....

aperlah aku ni.. sibuk pk psl ghayer plak..
ramadhan pun blum agi.. ntah ape2 jer aku ni..

huhuhu..


aku skang x sabo nk tunggu waktu berbuka ni...

tggl agi baper minit jer agi.. aderlah 30 minit..
aduh.. sabolah ati..

x sabo nk mkn lauk mak aku msk ni..

aku x msk pun lauk tu..
tapi nasi jerk aku masak,...
aduh.. pkran aku dh dok igtkn lauk2 tu sumer...

argh... sabolah ati.. sabolah prut.......

dan x luper jugak kul 7.30 ni ader citer naruto lah..
tu pun aku x sabo nk tgk... :D



SaMuRai X

Walaupun dah ader naruto,

Aku tetap x leh lupe kat pakwe aku si Kenshin Himura ni,

Tak pun name lain dia Rurouni Kenshin,

kalo name dia time dia jad full time killer plak, Hitokiri Battousai..

Tapi name asal dia sbenarnyer lain..

Name time die kecik, ape ek, aku pun x igt lah..

Best sgt citer Samurai X ni,

Cd dia yg aku ader episod awl n akhir jer..

sedih btul arr.. Sbab fulus aku x bnyk nk bli cd die yg bnyk2 tu..

Selebihnyer citer dier aku tgk kat tv jer..

Tau mak aku, abih aku..

Mak aku mane ske aku abihkn duit ntuk bli ni sumer..

Asal mak aku nmpk jer aku pegang komik, mest mak aku bising jer..

Yg dasyat nyer, tau ajer mak aku kalo aku bli komik bru...

Hmmm, ape bleh uat dh aku minat sgt ngan citer kartun,

sampaikn cousin aku yg kocik2 pun dh tau aku ske sgt ngan kartun,

nk uat camnerkan.. dh aku minat, org lain xleh larang..

Itu kan hak individu.. Yg penting aku xganggu sape2..

Dan yg paling2lah penting, aku sntiasa ingat padaNYA..

itu mmg xleh lupe...




Ni Lah Gambo Pakwe aku tu...

Kenshin Himura,

Love at the First Sight.. kahkahkah...

Menjadi ajer aku ngan Hero Samurai X ni.. (",)

NaRuTo


Uzamaki Naruto...


Anime ni mmg aku ske sgt.. Smpaikn ade jugak kengkwn aku pggl aku naruto...

Ish2 sabo ajerlah..Tapi, x per, aku xkesah pun..

Yg pntg aku x kaco sape2kan..

Tapi cite ni bru jerlah aku minat, lps aku bru abih SPM..

Kire baru jugaklah ni kan..

Mule2 aku tau citer ni dpd komik..

lps tu brulah aku dpt tgk citer die kat tv,

Mmg lmbt lah aku tau psl citer ni..

Abg aku jer yg dh pnah tgk citer ni smpai abes..

Berlagak btul ngan aku..

Tapi xper, nant dpt gak aku tgk citer ni sampai abes..

Cume masenyer ajer yg aku x tau ble aku dpt tgk ni..

Ader kwn aku kater nant naruto ni beso, pastu encem dr sasuke,

Hei.. x tau lah aku, ni yg uat aku x sabo nk tgk citer ni...


Ni plak cikgu Kakashi.. Macho arr dia...


TANDANIA

Minggu lepas, aku ade tertengok satu citer kartun made in malaysia kat tv 1 .. Ble, tgk citer tu.. Mcm best plak.. Klaka gak arr citer tu.. Berjaya membuatkan usus2 prut aku geli ati.. Kahkahakah.. Memang aku tabik spring lah kat citer kartun ni.. Yang dasyat kartun die xder leher ar.. Bleh plak idup.. namer pun kartun kan.. Huhuhu... Tapi, memang best btul lah.. Kirenya kartun2 malaysia, mmg leh menandingi kartun2 antarabangsa.. Sentiasa perlu dimajukan dari hari ke hari... Syabas kpd mereka yg berjaya mghasilkan kartun ni.. Membuatkan aku rase x sabo aje nk tgk citer kartun ni sok.. sok pukul 7 mlm kat tv 1..



Hmmmm........


Dah lame aku x usha blog aku ni...
Asyik usha blog org lain aje..
Tetiba aku rasa teringin plak nk idupkan blog aku ni...
Blog yg bleh aku jadikan tmpt lepaskan geram...
Banyak perkara yang nak aku citerkan kat sini..
Pasal ati aku, pasal kehidupan aku, pasal tempat aku,
pasal orang di sekeliling aku, yang pasti pasal biskutz..

Yer pasal biskutz...
Macam2 jenis biskutz yg dh ader kat pasaran ni...
Cume biskutz ni jer yg tak terpasar2kan agi...
Sebab biskutz ni, tak ske nk pasar2kan dri dia..
Ntah apelah aku mengarut ni...

Bile dh ader depan PC mulalah aku nk mengarut x tentu pasal..
Kalo tengok dari luaran, seriously, aku sememangnya seorg yg serius..
Muka dok tunjuk garang, kononnya Gangster lah tu..
hahahahaha.... Dah mula dh aku ni...

Konon nk jadi gangster, tapi bdn sekeping, tiup dek angin abeh melayang..
Poyo btul lah budak biskutz ni...
Cakap pasal poyo, aper plak maksud poyo ni yer..
Suke guna, tapi x tau maksud nyer..
Nant2 lah aku cari maksud nyer..
Sesiapa yg tau maksud ni, bglah tau kat aku...
Sememangnye aku insan yang sentiasa tidak tahu...
Dan
Sentiasa ingin mencari dan terus mencari..
Ntah aper yg aku ingin mencari..
Aku pun x pasti..
Mungkin jawapannya ada pade ILLAHI...