BiSkUtZ Da LeMaU

Mengembara Bersama Biskutz

HaPpY MeRdEkA DaY

SeLaMat MeNyaMbuT
HaRi KeMeRdeKaAn YaNG Ke - 50






HolLLAaa....

Dah Lamer x update blog..

Arini macam nak update sket2lah..
Aritu ari Jumaat N Ahad..

Aku pi teman makcik aku pi KL..
Syiok jugaklah,.. dapat tido kat hotel...

Rase beku jer dok tido kat saner..

Pastu ari sabtunyer aku dpt pi petrosains..
Punya lah dh berjaman tempat tu dah ader.. La.. ni.. baru aku dapat masuk
kat tempat tu..

Boleh lah dikatakan best..

Sbab aku baru jer first time
masuk kat tempat tu..

Esoknye plak aku dapat naik eye on malaysia..
Best jugaklah...
Orang lain selalunye dapat naik 4 kali jer..
Tapi aku dapat naik sampai 6 kali..
Fuyoo.. best seh.. Itulah pengalaman yang x leh aku nak luperkan..
Kenangan tu..
Bukannyer slalu dapat pi..

Dah
lah free plak tu... huhuhu..






Dunia Kura2 Ku

Aku ngah bosan..
Tetiber aku terlukis sesuatu..
Aku pun x tau naper dok lukis psl kura2 ni..
Ini lah citer merapu aku..


















Adehh... Bersambunglah plak.. hahaha.. :p









Pusara Lebuh Raya

Nahas terburuk 20 maut



KENAL PASTI: Anggota polis memeriksa sebahagian daripada
20 mayat mangsa nahas yang terbabit dalam kejadian
bas ekspres terbabas di KM229.1 Lebuhraya Utara Selatan
dekat Bukit Gantang, semalam.

Polis sahkan pemandu bas ekspres ada 15 saman trafik, dua waran tangkap

TAIPING: Dua puluh orang termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini, semalam.

Nahas jalan raya terburuk dalam sejarah negara itu sekali gus menimbulkan semula persoalan berhubung isu pemandu yang mempunyai kesalahan trafik berulang, tetapi masih ‘bebas’ memandu kenderaan awam.

Siasatan awal polis mendapati pemandu bas berkenaan, Rohizan Abu Bakar, 38, yang turut terbunuh dalam nahas kira-kira jam 4.40 pagi itu, mempunyai 15 kesalahan trafik termasuk dua waran tangkap.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak, berkata bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn Bhd yang didaftarkan pada 1987 itu pula mempunyai 19 saman sejak 1991.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengapa tindakan masih tidak diambil terhadap pemandu dan syarikat terbabit.


BERITA PILU: Razali dan isterinya, Roshaida Radzi
tidak dapat menahan sebak ketika memberitahu abangnya
mengenai kematian ibu bapa mereka.

Ini bukan kali pertama pemandu bas yang mempunyai rekod kesalahan trafik, terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa ramai penumpang.

Dalam nahas membabitkan bas ekspres Mutiara dan sebuah bas sekolah di Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Pahang yang mengorbankan 15 penumpang pada 30 November 2003 lalu, pemandu bas ekspres itu juga dikatakan memiliki lima kesalahan lalu lintas termasuk memandu melebihi had laju. Ujian air kencing pemandu bas sekolah itu pula, disahkan mengandungi dadah.

Mengulas nahas semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, berkata kementerian akan menubuhkan pasukan penyiasat yang dianggotai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

“Kita akan menyiasat sama ada kemalangan itu disebabkan struktur jalan atau keadaan bas

serta kemungkinan pemandu terbabit mengantuk, keletihan atau memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Dalam kemalangan ngeri itu, 19 orang termasuk dua rakyat Indonesia mati di tempat kejadian dan seorang lagi meninggal dunia di Hospital Taiping (HT). Lapan penumpang pula cedera parah termasuk pembantu pemandu bas berkenaan dan dua rakyat Vietnam manakala seorang rakyat Nepal dirawat sebagai pesakit luar.

Beberapa saksi memberitahu bas Super Express itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star bersama 29 penumpang itu, melilau ke kiri dan kanan beberapa kali sebelum terbabas apabila tayarnya termasuk dalam longkang kecil di tepi lebuh raya berkenaan.


KERJA KERAS: Anggota Bomba dan Penyelamat membawa
keluar mangsa kemalangan dari bawah bas
ekspres yang remuk.

Bas itu dikatakan melanggar penghadang jalan dan terhumban ke dalam parit sebelum merempuh bongkah batu di Kilometer 229.1 lebuh raya berkenaan.

Rempuhan itu menyebabkan bumbung bas terbabit tercabut dan semua penumpang tercampak ke hadapan selepas terjunam dan terbalik ke dalam parit sedalam lima meter.

Semua mangsa dikatakan bertindih termasuk seorang wanita ditemui dalam keadaan terkulai dengan anaknya berusia tiga tahun masih dalam pangkuannya. Suami wanita itu dikatakan turut terbunuh.

Anak pasangan itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi HT dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Seramai 41 anggota dari tiga Balai Bomba berhampiran termasuk Kuala Kangsar dan Sungai Siput dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan orang ramai sekitar jam 4.45 pagi.

INFO
Mangsa terkorban


  • T Krishnan, 46, (Kuala Ketil, Kedah)
  • Padliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka)
  • Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka)
  • Rohizan Abu Bakar, 36, (pemandu bas - Kulim, Kedah)
  • Nazri Noordin, 35, (Ayer Itam, Pulau Pinang)
  • Pang Tee Min, 58, (Melaka)
  • Mohd Yazid Md Yusoh, 22, (Jasin, Melaka)
  • Zuliyani Buang, 25, (Tanjung Keling, Melaka)
  • Md Basri, (Merlimau, Melaka)
  • Shahril Afendi, 22, (Alor Star, Kedah)
  • Sundaram Priyasamy, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah)
  • Siti Sophia Ismail, 23, (Alor Star, Kedah)
  • Norsharumiza Khairy, 27, (Kulim, Kedah)
  • Teoh Kee Song, 34, (Padang Temusu, Kedah)
  • Cheng Chun Joo, 37, (isteri Teoh)
  • Kamis Said, 62, (Masjid Tanah, Melaka)
  • Zaitun Bachik, 58, (isteri Kamis)
  • Abu Bakar S Ali, 27, (Medan, Indonesia)
  • Sri Asiah, 32, (isteri Abu Bakar)


  • p/s: Berita yang terlalu menyayat hati.. Lebih memilukan apabila saudara kita sendiri yang terlibat dalam kemalangan tersebut.. walaupun aku tak kenal dengan arwah, tapi hati aku turut terusik dengan berita sedih ini.. Hanya Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan kepada arwah iaitu Mohd Yazid Md Yusoh, 22, (Jasin, Melaka) Semoga rohnya dicucuri rahmat..

    Al-Fatihah untuk semua yang maut di dalam kemalangan tersebut...

    Pusara Lebuh Raya

    Nahas terburuk -- * 20 maut * 8 parah

    Oleh ABDUL RAZAK DIN dan ANGELINA SINYANG


    HANCUR... Bas Super Express yang remuk dan bumbungnya tercabut selepas terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang, Taiping, Perak, semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS.

    TAIPING 13 Ogos – Seramai 20 orang maut, lapan cedera parah manakala seorang cedera ringan apabila bas ekspres berusia 20 tahun yang mereka naiki terhumban ke parit sedalam lima meter di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, awal pagi ini.

    Dalam kejadian pukul 4.28 pagi yang disifatkan sebagai nahas jalan raya terburuk itu, 19 mangsa termasuk 13 lelaki dan sepasang suami isteri berasal dari Indonesia mati di tempat kejadian manakala seorang lagi yang cedera parah, meninggal dunia di Hospital Taiping (HT) pukul 5 petang ini.

    Bas membawa 29 penumpang itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

    Nahas ngeri dua kilometer dari Hentian Sebelah Bukit Gantang arah utara dan lima kilometer sebelum Plaza Tol Changkat Jering itu turut membunuh pemandu bas yang kemudiannya dikesan mempunyai 15 saman termasuk dua waran tangkap.

    Lebih buruk lagi, bas Super Express itu yang digunakan sejak 1987 dan gagal empat kali pemeriksaan Puspakom Sdn. Bhd. baru-baru ini kerana masalah brek, disaman 19 kali oleh polis sejak 1991 selain merekodkan 79 saman dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak lima tahun lalu.

    Sehingga malam ini, 19 daripada 20 mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti identiti mereka termasuk pemandu bas, Rohizan Abu Bakar, 38, berasal dari Kulim, Kedah.

    Penumpang yang maut ialah H. Abu Bakar dan isterinya, Sri Asiah, 32, dari Medan Timur, Indonesia; Krishnan a/l Thirumalai, 46, dari Kuala Ketil, Kedah; Sundram Prya Sam, 31, (Tanah Merah, Jitra, Kedah); Fadliz Ahmad, 22, (Jasin, Melaka); Josli Arshad, 39, (Jambatan Duyong, Melaka).

    Mangsa lain Nazri Noordin, 35, (Ayer Hitam, Pulau Pinang); Pang Tee Min, 58, (Jalan Ong Kim Wee, Melaka); Mohd. Yazid Md. Yusoh, 23, (Jasin, Melaka); Md. Basri (Merlimau, Melaka), Kamis Said, 62, dan isterinya, Zaiton Majid, 56, (Masjid Tanah, Melaka).

    Turut terkorban ialah Nursaarul Miza Khairi, 27, (Sungai Petani, Kedah); Siti Sophiya Ismail, 23, (Alor Setar, Kedah); Teoh Kee Song, 34, dan isterinya, Cheng Chun Joo dari Padang Temusu, Kedah serta Zuliyani Buang, 25, dari Tanjong Keling, Melaka.

    Mangsa yang meninggal dunia di HT petang ini ialah seorang penumpang, Shahril Afendi, 22, dari Alor Star, Kedah.

    Lapan penumpang yang parah ialah pemandu kedua, P. Veeraman, 36, dari Sepang, Selangor, dua warga Vietnam yang bekerja di kilang Eastern Asia Industry Sdn. Bhd. di Pulau Pinang iaitu Quang Ngoi Hung dan Ngu Yeh Hui Vinh, 27.

    Turut parah ialah Mohd. Fauzi Hassan, 27, dari Sabah, Zurina Rashid, 23, (Kuala Kedah, Kedah); Mohd. Zahidi Che Ahmad, 22, (Kelawang, Langkawi); Siew Ken Meng, 21, dari Melaka dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang belum dikenal pasti identitinya.

    Seorang lagi penumpang, Chatrapati Eyam, 24, iaitu warga Nepal pekerja kilang perabot di Nibong Tebal, Pulau Pinang dibenarkan hanya menerima rawatan pesakit luar.

    Dalam kemalangan pagi ini, bas yang menuruni bukit itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di kiri lebuh raya sebelum terbalik dan terhempas ke atas seketul batu besar lalu terhumban ke parit di tepi jalan.

    Ini menyebabkan bas itu remuk teruk dengan bumbung dan tempat letak barangnya tercabut.

    Insiden itu mengakibatkan penumpang terperosok dan banyak mangsa tidak dapat diselamatkan kerana keadaan mereka yang jatuh bertindih antara satu sama lain.

    Kebanyakan mereka dipercayai mati kerana kecederaan parah di kepala dan dada ekoran hentakan kuat ketika bas terhempas ke batu.

    Seramai 40 anggota bomba dan penyelamat mengambil masa hampir tiga jam mengeluarkan mangsa.

    Kerja-kerja menyelamat hanya selesai kira-kira pukul 10 pagi.

    Jumlah mayat terlalu banyak menyebabkan Unit Forensik HT kekurangan kakitangan menjalankan bedah siasat dan terpaksa meminta bantuan pegawai forensik hospital berhampiran termasuk Ipoh, Parit Buntar dan Kuala Kangsar.

    Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak menegaskan, pihaknya akan menyiasat punca kemalangan sama ada disebabkan kecuaian manusia atau masalah teknikal bas.

    “Tiada kesan perlanggaran di tempat kejadian tetapi jalan di situ agak menurun, mungkin bas terhumban masuk ke parit semasa menuruni bukit.

    “Kenderaan ini mungkin remuk teruk sehingga tercabut bumbung dan tempat simpan barang di atasnya selepas terhentak kuat pada batu besar dalam parit itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, hari ini.

    Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, ekoran nahas tersebut, kementerian menubuhkan pasukan penyiasat melibatkan pegawai Institut Keselamatan Jalan Raya (Myros), JPJ dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

    “Berdasarkan rekod juga, kita dapati bas terlibat sudah berusia 20 tahun, kali terakhir membuat pemeriksaan Puspakom ialah pada Mei lalu dan patut diperiksa semula pada November ini.

    “Kita juga siasat sama ada kemalangan itu berpunca daripada struktur jalan raya, pengurusan bas dan keadaan bas itu sendiri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HT di sini, hari ini.

    Bas Super Express itu milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Berhad.

    Turut hadir Ketua Trafik Persekutuan, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Taib

    ngah bosan ni...

    Dah lame x update blog..
    Bosanlah.. Tengah dok bosan2..
    Tetiber aku macam nak lukis sesuatu plak..
    Tengoklah hasilnya..
    Macam lukisan budak tadika jer...
    Huhuhu..

    Mim Alif Lam Sin..

    Dah lama aku x update blog ni..
    Sbab aku dah mule diserang satu penyakit
    yang tidak begitu asing dalam idup aku..

    Penyakit aper lagi kalo x bukan mim alif lam sin..
    Tu lah perkataan yg selalu mak aku dok sebut kat aku..
    Cakap psl ni.. Memang aku malas betul..
    Hari ini.. Akhirnya aku pi jugak ke klinik..
    Itu pun lepas mak n akak aku dok paksa2 aku..
    Yelah disebabkan ader lagi penyakit yang pun dok bertapak dlm diri aku..
    Aderlah dlm sebulan penyakit aku ni x nak kuar dpd kulit aku..
    Dia buat dono ajer.. Aper.. Ingat aku ni tempat parasit ker??..
    Sesuker ati ko jer nk dok dlm bdn aku ni..
    Kurang asam ko 'derma'..
    ('derma' aderlah nama panggilan ntuk penyakit aku ni)

    Disebabkan aku dh tak tahan kat 'derma'..
    Akhirnya aku terpaksa mengalah ntuk melangkah ke klinik tersebut..
    Kalo ikutkan ati aku ni.. Memang malas aku nak pi..
    Mak maner yang tak risau pasal anaknya..
    Disebabkan mak aku.. Yelah demi mak aku terchenta..
    Aku pi gak.. Itu pun akak aku lah yang bawak aku..
    Aku nak pi sorang?? Jangan harap..
    Jawabnya tak terpergi aku..
    Itu pun, mula2 mak aku pun ingat nak temankan aku..
    Tapi xperlah.. aku x nak susahkan mak aku..
    Bukan aper.. Aku ni, sejak dari kecik..
    Kalo pi klinik, memang mak aku peneman setia aku..
    Aku tak penah masuk sensorang..
    Selalunya mak aku yang dok crite2 kat doktor pasal penyakit aku..
    Tapi kali ni.. xperlah mak..
    Adik pun dah beso.. Dah boleh cakap sendri..
    So aku pun buatlah aper yang termampu...
    Aku pun mencananglah segala criter tentang penyakit aku ni..
    Dan akhirnya terjawablah sudah..
    Rupa2nya dermatitis telah menyerang aku selama ni..
    Siap sedialah ko dermatitis...
    Aku akan menyerang ko kembali....
    Takbir.... Allahuakbar 3x


    Sekian saje citer merapu aku kali ni..
    Nanti akan aku citerkan pasal musuh aku si dermatitis plak...