BiSkUtZ Da LeMaU

Mengembara Bersama Biskutz

Upin & Ipin


Hari ini aku nak kongsi sket tentang citer kartun
yang bru jer kuar kat tv9


Citer ni sket jerk episod dia..

Inilah antara citer yg aku rase best giler untuk ditontoni oleh setiap lapisan masyarakat..

tapi xderlah aku jadi giler tengok citer ni.. huahuahua.. =p

citer ni dihasilkan oleh anak malaysia tu..

best memang best…

aku rase citer ni memang leh setanding ngan citer2

luar dari malaysia ni..

walaupun aku suke tengok citer kartun jepun..

tapi citer kartun ni pun memang bleh dinobatkan

antara citer kesukaan aku..

seronok betul tengok gelagat si upin n ipin tu..

lepas abeh berbuka mest aku cpat2 nk pi ngadap tv9..

tapi citer ni 5 minit jerk..

pastu hanya disiarkan hari jumaat, sabtu n ahad..

semoga citer ni sentiasa ada sambungannyer agi..

jom lah tengok…

beshhhhhhhhhhhhhhhh… huhuhu

Ramadhan

Ramadhan..
Hatiku gembira tatkala mendengar namamu..
Namamu indah tidak terkata..

Ramadhan..
Rinduku padamu bagaikan pungguk rindukan bulan..
Setia menunggu walau halangan menimpa..

Ramadhan..
Hanya padamu Tarawikh akan aku lakukan..
Begitu juga puasa yang wajibku laksanakan...

Ramadhan..
Tatkala itulah insan ingin menyucikan diri..
Membersihkan diri dari segala dosa-dosa yang keji..

Ramadhan..
Dirimu penuh dengan keberkatan..
Setiap makhluk menginginkanmu..

Ramadhan..
Semoga kali ini aku akan lebih menghargaimu..
Peluang ini tidak akan sesekali aku lepaskan..

Ramadhan..
Alam riang menanti kedatanganmu..
Berlagu-lagu zikir dan doa di sampingmu..
Hanya untuk cinta hakikiku..


~aku yang menantimu~
~paeinz~
~11/09/07~

SaLaM RaMadHan AL-MubaRak


Hanya tinggal satu hari lagi kita akan

Menghadapi bulan yang penuh keberkatan ini..

Dengan ini aku nak ucapkan

Selamat menjalani ibadah puasa kepada :

Kedua ibu bapaku..

Kakak2ku..

Abang2ku..

Nenekku..

Makcik2ku..

Pakcik2ku..

Sepupu2ku..

Semua sedare mare aku..

Jiran2ku..

Sahabat2ku..

Rakan2ku..

Kawan2ku..

Juga kepada mereka2 yg telah menjadi cikgu2ku n pensyarah2ku..

Dan mereka2 yang sudi menziarahi blogku yg simple ini..

Yang penting kepada semua saudara2 islamku..

Semoga Allah memberi kita peluang menghadapi bulan Ramadhan ini..

Opick - Taqwa







Laaillahailalloh 8x

Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku

Laaillahailalloh 8x

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Alloh Alloh Alloh

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Alloh (Laaillahailalloh)

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Alloh 2x

(Laaillahailalloh)
Jagalah ya Alloh
Laaillahailalloh



p/s: Best bangat lagu nih.. Insaf skejap.. hai.. ble lah nk insaf bebetul ni..

Tanda Sahabat Berakhlak



Sedikit sebanyak sifat seseorang itu sentiasa dipengaruhi atau mempengaruhi sahabat disekelilingya. Untuk menjaminkan kehidupan yang lebih berkualiti, kita hendaklah memilih sahabat yang baik akhlaknya dan bukan mencari sahabat yang buruk akhlaknya. Sememangnya pada zaman yang serba canggih ini, dapat kita lihat runtuhnya akhlak remaja-remaji pada hari ini. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan hidup kita dengan memilih sahabat yang tidak menjaga akhlaknya. Carilah sahabat yang memboleh membawa kebaikan kepada kita. Banyak petanda yang dapat kita lihat daripada sahabat yang berakhlak, antaranya....


* Sentiasa taat pada perintah Allah dan ibu bapa tanpa berbelah bahagi.

* Banyak membuat kebaikan bukannya buat-buat baik.

* Tidak menyakiti orang baik dengan kata-kata atau perbuatan.

* Benar ucapan pada janjinya, bukan lain di mulut lain pula di hati.

* Tidak menghasut, memaki atau mengutuk biarpun diperlakukan sedemikian.

* Mengasihi dan murka kerana Allah, bukannya untuk mencari kemurkaan Allah.

* Meredhai dan memberi kerana Allah, bukannya untuk mendapat
nama
atau publisiti.


Nabi s.a.w bersabda : "seseorang itu dinilai dengan siapa ia duduk bersama dan seseorang itu diukur dengan siapa ia berjalan, maka hendaklah kamu perhatikan dengan siapa kamu hendak jadikan kawan".




Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyilau,

Sahabat yang setia seperti pewangi yang mengharum,

Sahabat sejati menjadi pendorong impian,

Sahabat berhati mulia membawa jalan ke syurga.



Fikir-fikirkanlah adakah molek jika kita bersahabat dengan mereka yang tidak menjaga akhlaknya? Tepuk dada tanyalah iman. Hanya kitalah yang akan menentukan siapa kita pada masa hadapan... Renungan untuk diri ini juga..

Luahan Rasa

Tuhan..

Pabila mengenangkanMu..

Hatiku hiba sekali..

Terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan..


Tuhan..

Hatiku merintih bila terkenangkanMu..

Tiada siapa yg dapat mendengar rintihan ini…

MelainkanMu Ya Allah..


Tuhan..

Jiwaku gelap sekali..

Pabila aku jauhkan dari diriMu..

Sedarkanlah aku yang sering lalai ini..


Tuhan..

Diriku masih mencari..

Mencari sesuatu yang abadi..

Mencari cinta yang hakiki..


Tuhan..

Berikanlah aku petunjukMu..

Petunjuk ke jalan yang lurus..

Agar aku tidak lalai di alam fanaMu ini..

~aku yang masih mencari~

~paeinz~

~05/09/07~