BiSkUtZ Da LeMaU

Mengembara Bersama Biskutz

Meniti Tahun Baru


Happy New Year 2008 Glitter Graphics




Lebih kurang dalam 30 minit sahaja lagi, tahun 2008 akan bermula. Bermakna bermula episod cerita yang baru dan berakhirlah episod cerita yang lama. Cerita yang lama usah diungkitkan lagi, tapi akan sentiasa dikenangkan. Terlalu banyak cerita suka dan duka sepanjang tahun yang lalu. Yang pasti, cerita-cerita itu wajib ditamatkan menjelangnya tahun baru yang bakal menjelma beberepa detik saja lagi. Bila difikirkan balik, rasa nak kembali ke zaman yang lama dan tak nak ke zaman yang baru. Bukan apa, kalau zaman lama, umur kita akan sentiasa muda tetapi bila ke zaman baru, umur kita akan meningkat dan pasti akan tua.


Tahun hadapan, bermula cerita baru yang perlu diarah dan disunting agar menjadi cerita-cerita yang menarik yang pasti hanya untuk pengalaman diri sendiri agar berubah menjadi lebih baik lagi. Tapi, kita hanya merancang dan Tuhan jualah yang menentukan. Mungkin, kita boleh mengubahnya, jika kita benar-benar berusaha untuk berubah. Terfikir juga di hati kecil ini, apakah cerita yang bakal dilalui pada masa akan datang? Adakah cerita itu akan sentiasa membuatkan diri ini ceria? Atau adakah cerita itu akan membuat diri ini bermasam durja?


Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Masa terus berlalu. Tidak menunggu sesiapa sahaja, malah akan sentiasa berlalu mengiringi malam yang dingin ini. Kenangan lalu akan sentiasa tersemat di hati ini. Biarlah kisah yang lalu memberi pengalaman yang tidak ternilai. Moga kisah yang akan datang ini akan memberi pengajaran yang tidak terhingga buat diri ini.


Alamak.. Tahun depan, umur akan meningkatkan. Bersediakah diri ini untuk mengundi? Erk, Adakah anda bersedia? Tepuk dada tanyalah diri sendiri ya. Mengundi sememangnya satu tanggungjawab yang besar buat semua warga di mana saja anda berada. Tak kisah lah di Malaysia atau di Amerika atau di mana saja, mengundi tetap kena mengundi. Umur 21 tahun, bermakna, semakin bermulanya era dunia kedewasaan. Alamak.. Dewasa? Owh tidak.. Lagi sekali satu cerita yang sukar untuk diterima buat diri ini. Adakah diri ini mampu menempuhnya? Kalau difikirkan sekarang, memang agak sukar sedikit. Ya, memang sukar diri ini memikirkan tentang dunia kedewasaan. Mungkin pada umur, diri ini akan semakin dewasa, tapi pada keseluruhannya, masih lagi terasa macam kanak-kanak lagaknya.


Hati kecil ini menjerit tahun hadapan bukan umur 21 tahunlah tapi 3 tahun. Yelah 2 + 1 = 3 , Ha.. Jadilah 3 tahun kan.. Ha.. Betul..betul..betul.. Ahaks.. Memang payah betul untuk mengaku umur ini akan 21 tahun kelak. Tapi, apa boleh buat, kenyataan itu pasti. Wajib ditempuhi, tidak boleh untuk berdolak-dalik walau seketika cuma. Kalau ikut tahun, memang akan berumur 21 tahun, tapi kalau ikut bulan. Belum lagi ya. Tunggulah bulan 7 nanti, barulah diri ini akan mengaku sepenuhnya bahawa diri ini berumur 21 tahun. Argh.. Terasa cepat sangat masa berlalu. Seolah-olah baru semalam bermain teng-teng bersama teman seperjuangan ketika di zaman kanak-kanak ribena dahulu. Tapi sekarang, lihatlah.. Pejam celik,pejam celik. Bagaikan kilat masa itu berlalu. Terasa sekejapan sahaja di alam kanak-kanak. Rasa tak puas langsung..


Memang tak sabar nak tunggu apakah cerita yang bakal dilalui pada masa akan datang. Sememangnya penantian itu satu penyeksaan. Sabarlah wahai diri ini. Cakap pasal tahun baru ini, jangan lupa, kita ada tahun baru yang patut kita ingatkan. Ya, 1 Muharram bersamaan 10 Januari 2008. Jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun. InshAllah akan sentiasa ingat nanti. Oklah, nak taip bebanyak tetiba otak ni blank lah plak. Kepada semua pengunjung blog Biskutz, Selamat Tahun Baru 2008 ya. Semoga tahun baru ini akan mengubah kita menjadi lebih baik lagi. InshAllah..


p/s :
Petang tadi baru balik dari Perlis, waktu dalam perjalanan balik, memang tak sabar betul nak main ternet ni.. Balik aja umah, tak jamah agi sebutir nasi pun.. Terus dah menangok depan PC ni.. Windu arr kat PC ni.. hahaha.. =p

Bye2 2007




Rossa - Ayat-ayat Cinta





desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit


bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan


reff:


maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud


bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan


repeat reff


ketika ku bersujud



Tak sabarnya nak tengok cerita ni..




Benazir Bhutto Mati Ditembak




Baru sahaja saya mengon9kan diri di alam maya ini, saya dikejutkan dengan berita kematian bekas pemimpin Pakistan suatu ketika dahulu. Berita ini memang menyayatkan hati bagi penyokong-penyokongnya dan juga turut dirasai bagi seluruh dunia Islam.



Media melaporkan Benazir, 54, terbunuh selepas terkena tembakan dan serpihan bom dalam satu serangan nekad berani mati ketika mengakhiri kempen pilihanraya untuk Parti Rakyat Pakistan (PPP) pimpinannya di Rawalpindi, semalam.

"Beliau meninggal dunia pada pukul 5.25 petang (8.25 malam waktu Malaysia) di Hospital Umum Rawalpindi," kata jurucakap Parti Rakyat Pakistan (PPP), Rehman Malik.


Peguam Benazir, Sentor Babar Awan, pula berkata - "Doktor bedah mengesahkan kematiannya."


Dalam kejadian tragedi yang turut mengorbankan kira-kira 20 penyokongnya itu, seorang lelaki dikatakan mendekati beberapa pemimpin PPP termasuk Benazir dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan bom.


Beliau, ketika itu baru sahaja selesai menyampaikan ceramah kepada beribu-ribu penyokongnya dan sedang berjalan ke arah kenderaannya apabila seorang lelaki menghampirinya dan melepaskan tembakan sebelum meletupkan dirinya.


"Lelaki berkenaan menembak ke arah kereta Benazir ketika beliau tunduk dan lelaki itu kemudian meletupkan dirinya, kata seorang pegawai polis, Mohammad Shahid.


Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Javed Cheema, berkata Benazir mungkin terkena serpihan letupan bom yang dipasang pada jaket penyerang terbabit.


Bagaimanapun, penasihat keselamatan PPP, Rehman Malik, berkata Benazir ditembak di leher dan dada ketika memasuki kenderaannya sebelum penyerang meletupkan bom.


Manakala stesen televisyen Ary-One pula melaporkan pemimpin pembangkang itu terkena tembakan di kepala.


"Penyerang melepaskan tembakan ke arah kenderaan Benazir yang menundukkan kepala sebelum meletupkan bom," kata seorang anggota polis, Mohammad Shahid.


Ceramah itu diadakan sebagai kempen pilihan raya Pakistan yang akan diadakan pada 8 Januari ini.


Ini merupakan serangan kedua ke atas Benazir sejak pulang dari tinggal dalam buangan di Britain, Oktober lalu. Pada serangan 19 Oktober lalu, lebih 138 orang terbunuh ketika berarak menyambut kepulangannya.


Menurut jurucakap Benazir, Farahtullah Babar, beliau baru saja melintasi pagar ketika dalam perjalanan ke keretanya yang terletak 50 meter dari tempat kejadian apabila tiba-tiba satu letupan berlaku.


"Tindakan ini dilakukan oleh mereka yang ingin melihat keadaan di Pakistan huru-hara kerana beliau adalah simbol penyatuan di sini.


"Mereka telah memusnahkan keluarga Bhutto dan merupakan musuh Pakistan," kata Farahtullah.


Benazir sebelum ini terselamat dalam cubaan membunuhnya pada 19 Oktober lalu di Karachi ketika pulang daripada buangan dalam kejadian yang membunuh hampir 150 orang.


Sumber lain berita ini boleh klik kat sini :

Harakah Daily


Berita Harian

Metro

Wikipedia

Ketika Cinta Bertasbih - Episod 1


Setakat ni baru sahaja dua novel dari penulis Habiburrahman Elshirazy yang dapat saya kumpulkan.. Banyak lagi novel beliau yang tak dapat saya jumpai lagi.. Novel ni pun saya beli masa pi MPH Mid Valley kat KL haritu.. Dalam 50 hengget duit saya terbang semata-mata nak beli buku ni.. Sukanya tak terkata.. Memang best dapat beli novel yang dah lama saya idam2kan ni..


Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya saya jumpa jugak.. Novel yang ni plak.. Baru episod 1 yang dapat saya baca.. Ada lagi sambungannye.. Tak sabau nak bace.. Nak sangat tahu kesinambungannya.. Siapa nanti yang bakal menjadi permaisuri Azzam.. Adakah Cut Mala? Tapi, Hafez lebih dahulu meminati Cut Mala ni.. Ataupun adakah Anna Althafunnisa? Waduh2 gawat juga ni.. Hahaha.. Tapi, ape2 pun citer ni tetap best..


Tapi, cerita ni pun ade gak part yang sedih.. Kesian dekat Furqan.. Telah dianiaya oleh insan durjana.. Bile, bace novel ni, kadang-kadang membuatkan saya takut jugak.. Betul ke keadaan yang ditimpa oleh Furqan tu benar2 berlaku di sana? Takut jugak saya bila memikirkannya.. Tanpa sebab musabab, mereka yang tak berdosa terpaksa menghadapi perkara-perkara yang tak mereka ingini.. Sedih sangat bila bace part pasal Furqan tu.. Tetiba cam takut kalo pi ke tempat2 tu.. Nauzubillah.. Minta dijauhkan perkara-perkara yang tak diingini tu semua..


Saya nak bace lagi sambungan novel ni.. Setakat ni saya tak jumpe lagi episod 2 novel ni.. Kalau ader sape2 yang dah jumpe.. Sila-silah bagitahu kat saya yer.. Nak sangat beli karya Kang Abik ni.. Membaca novel Kang abik ni, secara tak langsung, keinsafan itu hadir sekali sekala.. saya dapat tahu beberapa hadis.. Dan juga.. dapatlah tau bahasa2 lain selain bahasa melayu indonesia ni.. Cerita-cerita ni memang best.. Tak rugi bile membacanye..


p/s: Hai.. bilelah nak insaf sepenuhnye ni.. huish... Memang payah deh..

Ayat-ayat Cinta


Buku ni dah lama dah ada kat pasaran.. Tapi, saya baru aje dapat memiliki buku ni.. Ini pun beli masa pi jalan2 kat KL haritu.. Memang teruja sesangatlah bila dapat jumpa buku ni.. Orang lain dah banyak kali baca buku ni.. Saya baru aje sekali baca buku ni.. Syiok abes bace buku ni.. Walaupun ada perkataan2 yang saya tak berapa nak paham.. Tapi, cube lah uat2 paham...


Sukenya dapat beli buku ni.. Suke.. Suke.. Dan suke sesangat.. Hehehe... Ter excited ler plak.. Hahaha.. Cerita ni mengenai seorang pemuda Indonesia yang menuntut ilmu di bumi Kinanah.. Pelbagai ujian yang dia hadapi.. Dia sentiasa sabar menghadapi rintangan2 tersebut.. Membaca buku ni.. Membuatkan saya tertarik dengan negara2 timur tengah.. Terasa seperti berada di tempat tersebut semasa membaca buku ni.. Walaupun saya tak pernah lagi jejakkan kaki ke sana, tapi saya rasa seolah-olah dapat membayangkan keadaan di sana.. Seolah-olah macam pernah aje pergi ke sana..


Memang asyik bile membaca novel ni.. Bile bace novel ni.. Saya terfikir.. Kuatkah diri ini bile berada di tempat Aisha.. Bile bace novel ni.. Terdetik dihati ini ingin memiliki pasangan hidup seperti Fahri.. Argh.. Seperti Fahri??!! Berbeza sungguh perwatakan saya dengan Fahri.. Fahri, digambarkan sebagai seorang pemuda yang soleh, sifat yang baik, dan seolah-olah sempurna segala-galanya.. Uih.. Memang jauh berbeza sungguh.. Bagaikan langit dan bumi tu.. Nak dapat pasangan macam tu.. Memang mustahil sungguh untuk saya ni.. Yer.. Saya sentiasa ingat dengan kata-kata ini.. Jangan cari yang soleh jika kita tidak solehah.. Itulah ayat yang sering saya sematkan di hati ini.. Arghh.. sudahlah.. Tetibe cerita pasangan plak ni.. Uish... Udah.. Udah.. Banyak lagi perkara yang perlu saya fikirkan dulu sebelum fikir tentang pasangan ni.. Hee... Belum masanya..


Novel yang berunsur islamik ni.. Memang saya suke sesangat.. Secara tak langsung, dengan membaca novel islamik ni.. Kadangkala membuatkan saya insaf.. Yelah.. Diri ini terlalu lalai dengan hal-hal duniawi.. Sering alpa dengan hal-hal yang tak berfaedah.. Insaf jugaklah.. Tapi sekejap aje.. Ces..ces..ces.. Tak makan saman tul saya ni.. Uiks.. Memang ler saya tak makan saman.. Saya makan nasik jer.. Hahaha..


Dalam citer ni pun ader gak part2 yang sodeh.. Uih.. Menitis gaklah air mata ni bile membacenyer.. Aper leh uat... Citer sodeh.. Nangislah.. Ape lagi kan.. Hahaha.. Dah..Dah..Dah.. Tak nak taip lebih2.. Ape2pun citer ni memang best bangat deh.. Dengar kata ader filem Ayat-ayat Cinta.. Tapi takder pun kuar kat Malaysia ni.. Nak gak tengoknyer..

Kena Tag


Entry kali ni.. Sebenarnya nak dipos seawal yang boleh..
Disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan..
Maka, sekarang ni baru ler dapat saya mengepos entry ni..
Ceritanya mengenai tag.. Yer cerita tentang tag..
Saya telah ditag oleh seseorang yang bernama cik tic


Semasa hendak ke blog cik tic..
Terasa diri ini terpanggil-panggil untuk bertandang ke blog cik tic ni..
Memang tidak disangka-sangka..
Rupa2nya name biskutz telah ditag..
Apa??!! Tag??!!
Waduh... Waduh.. Sabo ajerlah..
Ape2 pun thank's ya cik tic kerana 'mentag' saya


Tag ni sebenarnya apakebender ni?
Adakah tag heuer seperti jenama jam yang termahal tu?
Ataupun smart tag yang ada kat negara ni..
Hmmm.. Apa yang sebenarnya ni..
Ada sesiapa yang lebih arif
leh tolong saya yang tak berapa nak arif tentang tag ni?



Tapi bila saya usha mana-mana blog..
Memang ada kisah tentang tag ni..
Mengikut kefahaman sayalah tag ni macam..
Seseorang uat sesuatu tajuk mengenai diri dia..
Lepas tu dia pun meminta sesiapa saja
dia suka uat ape saje tajuk yang berkaitan dengan diri dia..
Itu lah dikatakan men tag orang tu..
Eh.. yeker? Yerlah kot.. Ahakz.. (",)

Inilah kali pertama saya kena tag..
Mula2 ingat macam malas2 nak uat..
Tapi, bile fikir balik.. lama sangat dah tertangguh..
So.. Buat ajalah.. Hanya untuk suka suki aje..



Tujuh Perkara Pelik Tentang Biskutz


~ Suka sangat berangan dapat macam2, tapi tak pernah dapat pun yang macam2 tu...
Berangan adalah hobi semasa tapi ia sungguh melalaikan.. Ahaks.. =p


~Suka sangat makan biskuat tiger dan biskut2 yang sewaktu dengannya..
Bile makan biskut ni leh kuat cam tiger.. Statement ini adalah imaginasi seorang kanak2 ribena.. hahaha... =p


~ Suka melepak-lepak aje kat rumah berbanding di luar rumah..

Yang pasti diri ini memang susah nak pi jalan2.. Duduk kat umah lagi terasa nikmat.. (",)


~Suke nasihat orang lain jangan marah2, tapi diri sendiri panas baran, hot temper dan sewaktu dengannye..

Pernah gak digelar sarang tebuan mase zaman kanak2 ribena dolu2.. ^-^
Tapi, skang ni tengah berusaha nak kawal kemarahan tu.. Ternyata, memang payah sekali.. Hmm.. T-T


~Suke sangat membebel tapi tak suke bercakap..

Ader gak orang macam ni ek.. Hahahaha.. Kutuk diri sendiri lah.. (",)


~Suke sangat beli komik tapi tak rajin bace komik yang dibeli tu..

Huish.. Memang membazir sungguh.. Anak sapelah ni.. hahaha.. =p


~Suke sangat gatah milo berbanding buat air milo..

Minum milo anda jadi sihat dan kuat.. Tapi, jarang buat air, selalu gatah ajer cicah ngan biskut.. Uih... Nikmat dan lazat sungguh... (",)


Habis sudah 7 perkara tentang biskutz
Dan untuk merancakkan lagi tag ni..
Dengan ini saya mengisytiharkan untuk mentag mereka2 yang perlu ditag..


Azz Arhazza

Syahna Husna

Mutiara Hati

Permata Hati

Sejuta Rasa

Cicak Girls

Anggerik Desa


Hope nama2 yang di atas tidak marah yer..
Saya hanyalah dak kecik yang tidak tahu apa2..
Minta ampun ya... huhuhu.. (",)

Yang mana namanya tidak tersenarai..
Harap bersabar.. Anda juga bakal ditag di kemudian hari.. Ehehu..



Untuk mereka2 yang terpilih.. (yang belum pilih pun leh gak bace)

Sila bace pantun ini,

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Sudah bace,
Apa lagi cepatlah balas...


Pantun ni sebagai selingan ajer..

Huhuhuhu... Ceriakan hidup anda di mana saja anda berada.. (",)

Sekian.. Terima kasey...


Nota tambahan:

Perihal mengenai tag ni.. Saya pun tak tahu undang2 tag yang sebenar2nya..

Antara undang2 die yang saya tahu.. Lebih kurang macam ni..


Undang2 die :

1) Kene link orang yang tag kiter tu dlm blog & post undang² tu kat blog kiter.
2) Kongsi 7 fakta pelik pasal diri kiter.
3) Tag 7 org secara rawak & letak link blog diorang kat bawah post tu. Pastu kene bgtau yang diorang dah kene tag dengan tinggalkn komen kt blog diorang.


Ha.. Lebih kurang cam tu lah undang2 dia.. Hope anda2 yang kena tag.. sentiasa sporting untuk menjawab tag ni yer.. jangan mare2.. hikhikhik.. (",)


p/s : undang2 tag, ader macam2 cara.. tajuk tag pun ader macam2 jenis.. yg sy uat ni.. adalah salah satu darinya..


Yakitate!! Japan



Cerita ni antara cerita jepun kesukaan saya. Memang best jugaklah. Setiap kali tengok cerita ni, mesti terasa nak makan roti. Tengok roti yang dibuat nampak sedap aje sentiasa. Huih, bestnya kalau ada kat dalam kedai roti sekarang ni. Dah lah perut tengah lapar sekarang ni. Uih.. Laparnya..



Antara watak utama cerita ni ialah Azuma Kazuma. Dia ni lah yang pandai buat roti yang sedap2. Setiap kali makan ro
ti Azuma, mesti ada aje effect dia. Yang makan tu akan membayangkan apa sajalah yang berkaitan dengan roti tu. Klaka gak bila tengoknya..


Cerita ni tak ada lagi keluar kat tv. Tapi, kat astro dah keluar dah. Cerita ni saya download aje dari Veoh. Baru dapat tengok sebahagian aje. Banyak lagi episod nak kena download ni. Best tengok cerita ni. Mesti akan terasa nak makan roti aje lepas ni..



Ni lah Azuma Kazuma yang ada "solar hand"
Semua roti yang dia buat mesti ada nama JAPAN.


p/s:
ader mase guna eden.. ader mase guna saya.. aih.. memaner pun bolehkan.. hikhikhik..(",) macam skema aje entry kali ni..

Jom Tengok Cerita Pocoyo

Ni lah satu2nya episod

Yang dapat eden tengok citer pocoyo ni..


Tu pun dah nak abeh dah..

Cari kat youtube.. Aleh2.. Ader gak yang menguplode cerita ni..

Comelnye... Pocoyo ni..

Meh lah tengok..

Gerenti tak bosannye..




Pocoyo

Hai semua pelawat blog biskutz yang budiman..

Nama
caye Pocoyo..



Sekarang ni curi masa kejap.. Saja n
ak mengon9 kan diri sekejap.. Padahal koje kat dapur tu ader lagi yang tak siap2 agi tu... Sok kan nak ghaye, mesti nak kena masak memacam.. Tapi mak eden lah yang slalu berhempas pulas ni.. Eden tolong gitu2 ajer.. Ahaks.. (",) ... Tengok akak2 eden dah menombangkan diri uat taik mata plak.. Eden pun apa lagi.. Kena guna peluang yang ada untuk main ternet ni..


Pernah tak tengok cerita pocoyo? kalau sebutan dalam bahasa melayu disebut pokoyo.. Comel sangat kartun ni.. Comel.. Comel.. Comel.. Dan tersangatlah comel.. Huhuhu.. Memandangkan cerita upin n ipin tak der lagi.. So sekarang ni.. Eden minat plak kat pocoyo yang kiut miut ni..


Citer ni sebenarnya untuk kekanak yang sedang cuti sekolah ni.. Memandangkan eden pun tengah cuti.. Jadi.. Eden pun tumpang sekaki, tengok citer ni gak.. Citer ni start kul 9 pagi. Setiap ari apa.. Tak tahu ler plak.. Sebab dapat tengok cerita ni sekali jer.. Minggu ni try gak nak tengok cerite ni.. Tapi tak muncul-muncul pun.. Ni yang uat eden sodeh benar ni.. Sob.. Sob.. Sob.. T-T.. Nak tengok pocoyo.. Maner pocoyo ni.. Hmm... T-T


Eeee.... Best sesangat tengok cerita ni tau.. Kalaulah dapat tengok citer ni lagi.. Mesti, relaks jer kepala otak ni bile tengok gelagat pocoyo yang kiut sangat2 tu.. Comelnye.. Hehehe.. Terasa diri ini cam kanak2 ribena lah plak.. Huhuhu.. Tapi, ok gak per tengok citer kartun ni kan.. Terasa diri ini budak2 jer sentiasa.. Huahahahaha.. =p




Selamat Hari Raya Korban




Selamat

Menyambut

Hari

Raya Aidil Adha


Kepada

Semua

Muslimin

dan

Muslimat

di Mana

Saja

Anda

Berada..


Moshi...Moshi..




Salam... Hai.. Ape Habaq semua? Lama betul eden tak bernyawo di alam maya ni.. Rindu kat blog, kat prenster, kat mana2lah yang pasti kat ternet ni .. Memang eden rindu sesangat kat internet ni.. Almaklumler.. Selama ni internet ni lah peneman suka dan duka untuk diri ini.. Hope sesiapa yang sudi menziarah ke blog ni tidak ler bosan bertandang lagi ke blog ni.. Yelah hampir 3 minggu blog ni takde posting terbaru..


Bukan eden tak nak mengepos, tapi ada beberapa masalah yang tak dapat eden elakkan sepanjang hampir 3 minggu ini.. Memang syiok bila dapat duduk depan pc ni.. Yelah, dah lame tak duduk berjam-jam kat depan pc ni.. Sekarang ni rasa syukur yang teramat sangat.. Ehehu.. Nak cerita apa yer.. Hmm... Banyak yang nak dicerita, tapi kena cerita sket2 lah dulu..



Uat minggu pertama, eden tak do kat kampung.. Pi jenjalan kat KL, konon2 jalan2 nak cari koje.. Tapi.. Hampeh tul.. Jalan jer lebih.. Nak cari, maleh tul.. Pastu plak seminggu dok umah akak kat KL tu.. Mane der ternet.. Aduss.. Bosan tahap gaban betul.. Ader astro pun boshan.. Hmm.. Memang boshan bangat deh.. Tapi ok sketlah sbab dpt gak jenjalan.. Ehehu..


Pastu.. Bile dah seminggu dok merempat kat KL tu.. Kena balik umah, sebab mak eden suruh balik.. Memula, memang tak nak balik.. Konon2 nak bertapa lelama agi kat KL ni.. Tapi, baliklah jugak.. Yelah, nanti kalo tak balik, mak eden ghindu plak kat eden ni.. Huhuhu.. Tapi kan.. Bile dah balik.. Lagi bosan.. Tak dapat main ternet agi.. Sebabnya CPU eden telah dibawa lari oleh akak eden.. Sebab musababnya dia sibuk nak uat assignment projek dia tu.. CPU dia banyak virus.. Tu pasal dia nak guna CPU eden ni..


Hmm.. Lagi pasal apa ek.. Aiseh lupa lah plak nak taip apa.. Hmmm... Hmm... Hmm... Ha... Baru teringat..
Ada beberapa perkara yang perlu eden lunaskan kat blog ni.. Nak tau apa dia.. Kena lah tunggu.. Huhuhu.. Itupun kalau hangpa semua berminat nak tahu.. Kalau tak nak tahu, tidak mengapa.. eden tak memaksa hangpa untuk mengetahuinya.. Arghh.. whateverlah.. Hahaha.. Cam malas lah plak nak taip lagi..



p/s:
Eden kena tag ngan cik tic.. Tak uat lagi tag tu.. Tapi adalah dalam proses nk menyiapkannye.. Nanti dah siap, eden post kat blog ni...

Salah Siapa?

Persoalan ini saya tujukan untuk lembu dan tuan punya lembu? Salah siapa? Lembu? Atau tuan punya lembu? Nak tahu kisah dia, sila baca, kalau tak nak tahu, pandang saja. Topik ini memang dah lama terpendam di dalam hati saya ini. Cuma nak menceritakan saja asyik tidak ada masa. Hari ini, di waktu pagi yang sejuk ini, tetiba terdetik pula dihati kecil ini untuk meluahkan persoalan ini. Huiiihhh... Sejukkkknyaaaa pagi ni... Duduk dekat kampung memang syok.. Dapat hidup udara segar.. Dapat tengok tumbuh-tumbuhan yang hijau warnanya.. Arghhh.. Nyamannya pagi ini.. Saya sudah tidak tahan lagi... Ehh... Melalut pula pepagi ni..


Berbalik kepada tajuk yang asal mengenai lembu yang tidak berakal dan manusia yang dianugerahkan akal oleh Allah s.w.t. Peristiwa ini berlaku di sekitar kebun-kebun kecil di kampung saya. Yang pasti, antara kebun yang terlibat ialah kebun mak saya. Biasalahkan kalau dah orang kampung, mestilah nak menggunakan kebun tu dengan sepenuhnya. Projek yang ingin dibuat dikebun tu ialah menanam pokok-pokok anak getah. Memang banyak juga ongkos yang dikeluarkan tu, walaupun dapat bantuan dari pihak RISDA, akan tetapi ada jugak tidak mencukupi.


Mula-mula, anak-anak pokok tu ditanam oleh orang lain. Kiranya mak saya mengupah seseorang yang boleh dipercayai untuk membuat kerja tersebut. Alhamdulillah kesemua anak-anak pokok getah itu dapat ditanam dengan jayanya. Akan tetapi, kejayaan itu tidak lama apabila mak saya menerima berita yang tidak sedap didengar. Nak tahu apa dia? Lembu-lembu telah memakan sebahagian dari anak pokok getah tersebut. Bersabar sajalah yang hanya mampu dilakukan oleh mak saya. Ayah saya juga turut kena tempias dari berita yang dikhabarkan ini. Kerana berita itu, ayah saya yang menyampaikannya kepada mak saya.

Itulah dugaan yang pertama yang diterima oleh mak dan ayah mengenai keadaan kebun kecil itu. Tak lama kemudian, mak saya membuat permohonan lagi untuk mendapatkan bantuan pokok anak getah ini. Walaupun lambat, tetapi Alhamdulillah bantuan itu sampai juga. Kali ini, ayah saya yang menanamnya. Setiap hari motor cabuk tu lah yang menjadi pengangkutan untuk mengangkat anak-anak pokok getah itu dari rumah ke kebun, dan kadang kala dibantu juga oleh abang saya jika dia berada di rumah. Dengan menggunakan kereta dapatlah juga menjimatkan masa sedikit.


Apabila sebahagian anak pokok getah selesai ditanam, keringat ayah saya itu telah dibazirkan oleh lembu-lembu yang tak berakal ini. Lagi sekali ujian itu datang melanda. Sebahagian yang ditanam telah dimakan oleh lembu-lembu itu. Hati siapa yang tak marah. Setelah penat lelah kita akhirnya disia-siakan oleh lembu-lembu yang durjana itu. Saya yang dengar berita itu pun berasa marah yang teramat sangat. Macam manalah lembu-lembu itu boleh masuk ke kebun itu, sedangkan orang-orang di sekitar tempat itu mengatakan lembu-lembu itu tak akan datang sampai ke kebun itu.


Hal ini, memang saya amat marah pada lembu-lembu yang telah meragut anak pokok getah itu. Tapi, hati saya lagi marah pada tuan punya lembu itu. Kenapa dia tak jaga lembu-lembunya itu? Kenapa dia lepaskan saja lembu-lembunya itu tanpa kawalan? Bak kata makc ik saya, lepas badang. Ini yang buat saya marah sangat-sangat. Kalau nak marahkan lembu tu, memang tak ada gunanya kerana lembu bila tengok tumbuhan yang berwarna hijau dah tentulah itu makanan dia. Tuan punya lembu itu yang patut dimarahi. Dia ada akal untuk berfikir, kenapa dia tak bawa saja lembu-lembunya ke tempat lapang dan yang pasti ke tempat yang tidak berdekatan dengan kebun-kebun orang kampung.


Kalau ikutkan kemarahan ayah saya, memang ayah saya nak buat sesuatu kat lembu itu. Tapi, ayah saya hanya cakap saja tidak pula ayah saya ingin mebuatnya betul-betul. Masa marah memang kita akan cakap tanpa kita berfikir dahulu kan. Alhamdulillah ayah saya tak lakukan perkara tersebut. Akan tetapi, hamba Allah mana entah yang telah melakukan sesuatu perkara yang telah menyebabkan lembu-lembu itu mati. Pada mulanya 4 ekor lembu dah tergolek di sekitar kebun-kebun disitu. Siasatan dibuat, lembu itu telah terkena racun rumput. Entah siapalah yang telah meletakkan takungan air racun rumput itu.


Berita itu dikhabarkan kepada mak saya. Ternyata mak saya terkejut yang amat sangat. Walaupun anak-anak pokok getah itu dimakan oleh lembu, tapi tak adalah sampai niat nak membunuh lembu itu. Entah siapalah yang buat kami pun tak tahu. Nak tuduh pun tak elok, kita tidak ada bukti. Dan saya berdoa agar tuan punya lembu tidak menyalahkan keluarga saya di atas perkara berlaku itu. Bukan dari pihak kami yang membuat perkara tersebut. Saya tetap menyalahkan tuan punya lembu itu. Kenapa dia tidak jaga-jaga lembu-lembunya itu. Bila dah berlaku perkara itu, nak salahkan siapa? Lembu atau tuan punya lembu? Atau mereka yang membalas dendam terhadap lembu itu? Hmm... Tepuk dada tanyalah diri sendiri.


Dalam hal ini, saya tetap menyalahkan tuan punya lembu itu. Nak tahu lagi tak, selepas 4 ekor lembu dah menemui ajal, tak lama kemudian 4 ekor lagi menemui takdir yang serupa dengan lembu sebelumya itu. Maksudnya lembu tu pun menemui ajalnya juga. Sememangnya mak saya terkejut dengan berita itu. Sedih juga mak saya dengar. Yelah, dahlah nak hari raya haji tak lama lagi. Yang pasti lembu-lembu itu mesti hendak dijualkan untuk hari raya korban nanti. Apa boleh buat, kejadian telah pun berlaku. Ada juga lembu-lembu yang lain semakin kurus mungkin lembu itu pun dah terminum racun rumput itu.


Berita yang terbaru lagi yang saya dengar semalam. Seperti biasa berita itu dikhabarkan oleh ayah saya kerana setiap hari ayah saya akan memastikan pagar-pagar yang baru dibuat sentiasa ditutup pintu pagarnya itu. Sekarang ini, bertambahlag lagi 3 ekor lembu telah menemui ajalnya. Jadi, semua sekali 11 ekor telah mati akibat keracunan dalam perut. Saya tertanya-tanya, adakah tuan punya lembu ini, masih tak insaf-insaf dengan kejadian yang berlaku? Adakah tuan punya lembu ini masih lagi tidak mengambil pengajaran terhadap perkara ini? Saya berharap tuan punya lembu ini ambillah iktibar dari kejadian yang berlaku ini. Hal ini bukan sahaja merugikan diri sendiri malah merugikan orang lain juga. Bukannya murah harga lembu sekarang ini. Seekor lembu tak silap saya hampir 3 atau 4 ribu ringgit nilainya, ataupun mungkin mahal lagi.


Hmm.. Fikir-fikirkanlah. Dalam hal ini, saya tetap menyalahkan tuan punya lembu itu. Dia patut fikir apa yang perlu dibuat untuk mengelakkan kejadian itu berulang. Jika dia bijak, dia harus melakukan sesuatu tanpa membuatkan orang kampung marah. Yang pasti orang-orang kampung yang mempunyai kebun mereka sendiri. Kalau kejadian ini berulang lagi, nampaknya tuan punya lembu ini memang tak serik-serik dan memang suka tergolong dalam orang-orang yang rugi. Nak sangat saya tahu apa perasaan tuan punya lembu ini. Dan saya juga nak tahu siapa yang marah sangat sampai sanggup melihat lembu-lembu tak berdosa itu mati begitu saja?


Akhir kalam dari saya, kalau ada sesiapa yang nak membela lembu eloklah buat kandang lembu. Sekurang-kurangnya nanti tak adalah lembu tu merayau ke kebun orang lain. Bagi saja makanan kat kandang.. Itu lebih baik..


Sekian sahaja dari saya buat masa ini.. Nampaknya tak boleh nak guna lelama com ni.. sebab my sis sibuk nak guna. Almaklumler keje dia melambak.. Sorryle akak aku cayang.. bersabarlah dengan adik mu ini.. huhuhuhu.. (",)