BiSkUtZ Da LeMaU

Mengembara Bersama Biskutz

Dunia Baru

Gambar ini hanyalah selingan sahaja..
Indahkan pemandangan ni.. (^__^)

Pergh.. Lama betul tak on9.. Rindu kat ternet ni.. Yang pasti rindu gak nak usha-usha blog orang ni.. Yelah kan sekarang ni dah tak dapat nak on9 selalu.. Maklumler sekarang ni dah masuk ke dunia baru.. Dunia dari tak bekerja kepada dunia yang dah bekerja.. Memang penat + letih + bosan + malas pun ade gak kekadang tu.. Tapi nak buat macam mana.. Hidup ini perlu diteruskan.. Takkan nak tanam anggur yang tak berbuah tu aje kan.. Hmm.. Bile dah masuk ke dunia yang baru ni, macam-macam pengalaman yang bakal dan akan saya perolehi.. Setakat ni baru sedikit aje ilmu yang saya perolehi tentang dunia pekerjaan ni.. Banyak lagi ilmu-ilmu yang perlu saya kutip dan simpan untuk jadikan tauladan buat masa hadapan..

Macam-macam kerenah yang saya jumpa sepanjang 6 hari saya bekerja di sini.. Kerenah dikalangan pelanggan dan juga kerenah dikalangan pekerja.. Sememang kat dalam dunia ni, macam-macam perangai yang akan kita jumpa.. Ada yang O.K , dan ada yang K.O.. Hmmm.. Kekadang macam malas plak nak keje.. Tapi, kalo tak keje macam mana nak bayar hutang nanti.. Adeh.. Hutang tu sepatutnya dah kena bayar awal tahun lagi.. Nak buat macam mana, fulus tak ada lagilah.. Tunggulah bila dapat gaji nanti.. Pergh.. Tak sabar plak nak dapat gaji.. Dapat gaji nanti boleh lah enjoy.. Huhuhu.. Eh, mane leh enjoy semua.. Enjoy sket-sket jer.. Yang pasti hutang itu perlu didahulukan.. Hmm.. Hutang-hutang.. Nyampes tul ngan hutang ni.. Hmm.. T__T


Cakap pasal dunia baru ni.. Bila dah keje ni, tak dapatlah nak tengok cerita Dunia Baru tu lagi.. Hmm.. Semuanya tak dapat.. Kalo dapat tengok pun, lagi 5 minit nak habis.. Heee.. Geram betul.. Tu lah dulu duduk rumah aje.. Dapat lah tengok semua cerita tu.. Tapi sekarang, tengok yang mana sempat ajerlah.. Ni pun mata dah ngantuk.. Takpe.. Esok cuti leh tido puas-puas.. Sebab cuti lah, dapat on9 jap ni.. Kalau tak, jangan haraplah.. Oklah.. Der masa... On9 lagi.. Salam buat semua pengunjung blog biskutz.. Der masa datanglah blog ni lagi yer walaupun tak ada entry baru.. Jangan bosan-bosan datang kat sini tau.. Kedatangan anda sangat saya alu-alukan.. Sekian... Terima Kasey.. Haii... Ngantuknyaaaaaaaa... ZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

Fuhhh.. Penatnya Hari Ini...


Hari ini dalam sejarah!!!! Buat pertama kalinya dalam hidup saya. Tarikh hari ini tak akan saya lupakan dalam hidup saya. Kerana hari ini adalah hari pertama saya bekerja. Pergh.. Macam tak caya aje dah keje. Baru mula hari pertama keje dah kecoh kat orang ramai.. Hahaha.. Suke atilah nak taip apa kan. (",)


Kalau ikutkan memang dah nyenyak dibuai mimpi-mimpi yang indah tika saat ini. Tapi saje tahan mata ni jap sebabnya nak juga jenguk blog ni. Rindulah, selalunya pagi-pagi dapat gak on9, tapi mulai hari ini hinggalah hari seterusnya, saya dah tak dapat nak on9 selalu. Mungkin bila perlu aje saya on9. Ataupun mungkin bila tak penat aje baru saya on9. Biasalahkan, bila dah keje ni, memang penat sangat. Yelah, keje dari pagi sampai malam, 12 jam tu. Bertambah penat lagi, kalau stok baru sampai. Adeh, nak mengangkatnya agi. Kebetulan hari ini saya baru keje dah kena buat tu semua. Stok barang tu sampai malam plak tu.. Tu yang dah terasa ngantuk yang amat sangat sekarang ni.



Tapi saya paksa gak mata ni bertahan lagi. Alhamdulillah, hari pertama saya kerja tak ada masalah sangat. Harap situasi ini semakin bertambah baik dari hari ke hari. Dan juga saya harap sentiasa dapat bekerjasama dengan semua pekerja kat situ dan sentiasa menunjukkan wajah yang ceria setiap kali ada pelanggan. Yelah..kerja kat pasarayalah katakan. Macam-macam kerenah pelanggan akan saya hadapi lagi selepas ini. Harap semuanya berjalan lancar. InshAllah. Doakan saya sentiasa kekal dengan kerja ni sampailah saya dapat sambung balik belajar yer. Dan doakan saya dapat sambung belajar lagi. Nak belajar lagi.. Rindu nak buat assignment.. Erk, ada jugak orang macam ni ek?.. Aderlah.. Saya ler tu.. Huhuhu.. Yer, zaman yang paling indah untuk kita ingat kembali adalah zaman masa kita belajar. Itu adalah kenangan abadi yang tak akan kita lupakan jika kita benar-benar menghargai zaman tersebut.. Betul tak? Ha.. Betul..betul..betul.. (",)



Nampaknya mata ni seolah-olah menjerit-jerit untuk ditutup, saya pun dah rasa tak larat nak menaip lagi.. Jika saya dah lama tak update, harap anda semua tak bosan mengunjungi ke blog ni lagi yer.. (",). Nak kena tido ni.. Sok nak keje.. Nak uruskan stok baru tu.. Adeh.. Tak larat dah.. Salam rindu dari saya untuk kalian semua... Berjumpa kita lagi di lain entry...
Oit.. Tido..tido..Tido...
ZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Soal Jawab Memberi dan Menjawab Salam


"Seperti yang kita sedia maklum, ada hukum yang mengatakan memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib." Entry kali ini sememangnya saya nak sangat pos ke dalam blog saya. Tetapi sebelum tibanya hari ini memang masa tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian sehinggalah hari ini baru saya berkesempatan untuk mengeposkan tajuk ini. Hal ini pun disebabkan saya terdetik untuk melawat blog yang memang suatu ketika dahulu menjadi tempat kesukaan saya untuk menanyakan soalan-soalan yang sering memusykilkan di hati kecil saya ini. Soalan ini pernah saya bertanyakan kepada seorang ustaz. Soalan saya lebih kurang macam ni ayatnya. "Apakah hukum seorang yang lelaki bukan muhrim memberi salam kepada perempuan yang bukan muhrim dan sebaliknya? Lebih kurang macam tulah soalan saya. Saya cuba nak dapatkan semula ayat soalan saya yang asal tu, tapi ada masalah teknikal sedikit, maka tak dapatlah saya meletakkannya di sini.


Selepas itu, timbul lagi kemusykilan saya mengenai memberi salam tu. Akhirnya, hari ini saya dapat juga mengurangkan kemusykilan saya itu. Topik ini saya ambil daripada blog Ustaz Salman, blog yang saya suka untuk bertanyakan masalah tentang hukum-hakam ni. Saya dah minta izin dari Ustaz Salman untuk mengambil entrynya itu. Saya harap Ustaz Salman izinkan. Saya rasa tak salahkan kalau saya postingkan entry tu disini untuk berkongsi dengan semua pengunjung di sini. Mungkin ada yang dah mahir tentang hal ini, tapi bagi saya yang baru nak belajar, masih lagi tidak mahir tentang soal hukum-hakam ni.



Perkara Yang Tidak Sunat Memberi Salam Dan Tidak Wajib Menjawabnya

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat... dalil-dalilnya juga telah banyak kita temui. Menjawab salam pula hukumnya wajib... tetapi di sana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab...


Telah dinukilkan dalam kitab "ghizaul albab" karangan As-safarini jilid 1, m/s 242... Dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan di antaranya:

  1. Orang yang berwudhuk (ketika sedang mengambil wudhuk).
  2. Orang yang sedang berada di dalam tandas.
  3. Orang yang sedang makan dan minum.
  4. Orang yang sedang berperang.
  5. Orang yang sedang membaca Al-Quran @ berdoa
  6. Orang yang sedang berzikir dan bertalbiah (ketika haji dan umrah).
  7. Orang yang sedang mengajar, berkhutbah, dan memberi nasihat.
  8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  10. Orang yang sedang qada' hajat.
  11. Orang yang sedang bersama isteri (jima').
  12. Orang yang sedang iqamat.
  13. Orang yang sedang mabuk.
  14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi.
  15. Orang yang sedang solat.
  16. Orang gila.
  17. Kanak-kanak.
  18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur.
  19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman.
  20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah.


Sesiapa yang memberi salam di tempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab...


* Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.


* Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan (yang bukan mahram) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah... Jika diberi salam, haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kepada lelaki... Jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh. Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya. Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan. Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.



Rujukan : Ahsanul kalam (Fatawa Jadidah) oleh Syeikh Atiah Saqor.




Sampai di sini sahaja entry kali ini. Jika ada sesiapa yang musykil tentang hal ni leh bertanyakan kepada Ustaz Salman.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama..

Upin & Ipin dalam Filem GENG



Dah lama tak tengok cerita Upin & Ipin ni.. Rindu sesangat.. Bila cerita GENG ni nak keluar? Tak sabarnya nak tengok.. Semoga filem GENG ni pun best & gempak macam cerita Upin & Ipin kat dalam TV tu.. (",)





Rindu kat Upin & Ipin Tak?... Rindu..Rindu..Rindu.. (Bace perkataan rindu tu macam ipin tau.. Hehehehe.. (",). Kalau nak tengok lagi atau download trailer cerita ni leh lawat web ni.. Geng The Movie


P/S: Malam ni suke sesangat.. Sok pagi der interview, aih.. Tak sabau nak tunggu esok.. Tak pernah lagi bekerja ni.. Dah lah nak dekat 8 bulan jadi penganggur terhormat ni.. Semoga dapatlah koje tu sok.. Koje biase2 jer ni.. Kalo nak koje macam yang bidang saya amik tu tak leh agi.. Sebab utamanya tak der lesen lor... Aiyaa... Sangat Sodey... T_T.. Doakan saya dapat koje tu yer.. (",)

Dukuh



Ini lah buku cerita yang pertama saya baca untuk tahun baru ni. Buku cerita ni dah lama ada kat pasaran sejak tahun 2006 lagi. Saya baru aje dapat baca buku ni tahun 2008. Kebetulan waktu saya jalan-jalan kat pekan(masih lagi nak gunakan nama pekan, walhal pekan ni dah diiktiraf bandar dah), tetiba aje saya terjumpa satu kedai buku ni. Kedai buku ni, kakak saya kata dah lama dah ada. Tapi, baru sekarang saya tahu kewujudan kedai buku ni. Kedai ni lebih mengutamakan bahan ilmiah dari penerbitan bahasa dan pustaka. Ingatkan nak cari buku-buku baru, cari-cari buku lama aje yang ada. Patutlah macam tak ada orang aje nak masuk kedai buku tu. Tak ada tarikan langsung. Hee.. kalau sayalah pemilik kedai tu, mesti saya dah buat sesuatu untuk menarik minat pelanggan yang ada ni. Maklumlah kedai buku kat pekan ni bukannya banyak sangat.

Oklah, berbalik kepada tajuk asal, cerita tentang buku ni. Kalau tengok pada muka depan buku ni. Saya cakap terus terang, memang tak menarik perhatian sangat pun. Mungkin gambar itu mempunyai mesejnya yang tersendiri. Tapi, entah kuasa apa masa tu, membuatkan saya nak beli juga walaupun harga asal buku ni lebih mahal dari buku ayat-ayat cinta. Malah buku ni lagi nipis dari buku ayat-ayat cinta. Kadang-kadang saya terfikir juga, kenapa buku yang lebih nipis ni harga dia begitu mahal berbanding buku yang tebal tu. Mungkin penerbitan buku tersebut berbeza-beza, sebab itulah nilai yang diletakkan tertakluk kepada penerbitan itu sendiri. Ya, mungkin begitu juga sebab musababnyakan. Buku ni saya beli pun sebab dapat diskaun, kalau tak dapat diskaun, tak ada maknanya nak beli. Sebab dah lah nipis lepas tu mahal pula harganya. Macam tak kena aje harga yang diletakkan.

Buku ni menceritakan sebuah tempat bernama Dukuh di Sabah. Saya tak begitu pasti kaum etnik apa yang menghidupkan jalan cerita ini. Yang pasti cerita ini mengisahkan keimanan penduduk kampung tersebut. Daripada menganut agama nenek moyang mereka sehinggalah mereka diislamkan. Tetapi tidak semua yang berhijrah ke agama Islam, hanya sebilangan sahaja. Secara tidak langsung, penduduk kampung ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan jemaah. Jemaah Pilinah yang terdiri daripada orang-orang kampung yang masih mengikuti agama nenek moyang mereka manakala jemaah Singkui atau Pak Ali yang terdiri daripada mereka yang telah menganut agama Islam.

Pilinah seorang wanita yang telah kematian suaminya begitu sibuk berkempen menyerapkan kepercayaannya kepada orang-orang Islam. Mengajak orang-orang Islam menyembah roh-roh si mati, hantu bukit, roh padi, hantu sungai dan mengaitkannya dengan kejadian yang berlaku di kampung. Pilinah tidak pernah serik dan terus menghasut orang kampung supaya membenci Pak Ali dan juga Adi, kononnya mereka melanggar adat nenek moyang, melanggar pemali yang diwarisi sejak turun temurun. Pilinah juga sentiasa cuba menanam pengaruhnya dengan memberikan bantuan kemanusiaan.

Perkara yang membuatkan Pilinah bertambah marah ialah apabila anaknya sendiri menganut agama Islam. Pilinah sanggup memaksa orang suruhannya, Gontoi menyebat anaknya menggunakan cambuk. Tujuannya supaya anaknya kembali ke agama asal. Anaknya tetap dengan pendiriannya malah tidak akan sekali-sekali ingin menukar ke agama asalnya. Sebagai hukuman, Pilinah mengurung anaknya, Atie ke dalam gubuk. Penyeksaan Atie tidak berpanjangan apabila Gontoi sendiri menyelamatkannya. Gontoi tak sanggup lagi menjadi orang suruhan Pilinah dan dia melarikan diri setelah meninggalkan Atie kepada orang yang boleh dipercayai.

Cerita ini mungkin anda lebih faham jika anda membacanya sendiri. Cerita yang berunsurkan islamik ini lah mungkin penyebab kenapa saya mahu membelinya juga. Ada juga perkataan-perkataan yang tidak begitu saya fahami. Jalan cerita ini juga cukup memberikan kesan yang mendalam buat diri saya yang sering alpa ini.


p/s:
Disebabkan buku ni jugalah menyebabkan pergaduhan kecil antara saya dan abang saya.. Ada ke dia kata saya baca buku tentang dukun.. pastu dia kata saya nak jadi dukun.. Hee.. betul-betul membuatkan saya bengang dengan dia.. Dia memang suke bergurau, tapi gurauan dia selalu je buat saya hangin satu badan.. Hmm.. Sabar ajelah..

10 Januari dan 1 Muharram..

10 Januari 2008


Hari ini.. Genaplah umur dia yang ke 59 tahun..

Dari hari ke hari..
Makin terserlah kedutan-kedutan diraut wajahnya
yang semakin dimamah usia..
Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dia berikan..
Segala keringatnya diperah hanya untuk menabur bakti
buat keluarganya yang tercinta..


Kadangkala, dia terlalu kuat menegur..
Kadangkala, dia terlalu risau akan keluarganya..
Kerisauannya, ada masa begitu merimaskan..
Tetapi, siapa lagi yang akan risau tentang keluarganya jika bukan dia..
Siapa lagi yang akan memarahi anak-anaknya jika bukan dia..
Siapa lagi yang akan mengambil berat anak-anknya jika bukan dia..
Siapa lagi yang akan menasihati anak-anaknya jika bukan dia..
Siapa lagi yang akan mendoakan kesejahteraan anak-anaknya jika bukan dia..
Dan yang pasti, siapa lagi yang akan melahirkan anak-anaknya jika bukan dia..


Ya.. Dia lah seseorang yang bergelar emak..
Emak yang telah melahirkan, menyusukan, menjaga
dan mendidik anak-anaknya seramai 7 orang..
Dia lah emak..
Yang selalu memberikan kata-kata perangsang buat anak-anaknya..
Dia lah emak..
Yang selalu mendengar rintihan anak-anaknya..
Dia lah emak..
Yang akan mengusahakan sesuatu untuk anak-anaknya..
Dia lah emak..
Yang akan sentiasa cuba untuk mengembirakan anak-anaknya..
Dia lah emak..
Yang sentiasa ingin anak-anaknya berjaya dalam hidup..
Dia lah emak..
Yang sentiasa terkenangkan anak-anaknya..
Dia lah emak..
Yang sering memberi restu kepada anak-anaknya..






Yang pasti dia lah emak
Untuk anak-anaknya di dunia dan juga di akhirat..

Tiada emak yang lebih baik..
Melainkan emak kita sendiri..
Emak.. You are the best mother in the world!!!...


Buat diri yang sering alpa..
Renungilah kata-kata ini..


Walau siapapun kita..
Walau sehebat manapun kita..
Walau berjaya setinggi langit pun..
Tetapi tanpa doa dan restu
Seorang emak yang melahirkan kita..
Maka tiadalah keberkatan hidup..



Selagi emak masih bernyawa..
Selagi itu hargailah dia..
Jangan nanti bila dia sudah tiada..
Kita akan menyesal buat selamanya..



1 Muharram 1429


Tarikh ini bermulanya tahun baru dalam takwim Islam..
Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas..
Semoga tahun baru ini lebih diberkati Allah s.w.t
Semoga tahun baru ini dapat menghijrahkan diri ini ke arah yang lebih baik lagi.. InshAllah.. Ameen..


Tarikh ini juga membuatkan saya mengingati salah seorang dari kakak saya..
Kerana tarikh ini, adalah tarikh hari lahirnya dalam bulan Islam.. (",).

Salam Maal Hijrah 1429

Salam Maal Hijrah 1429 buat semua pengunjung di blog Biskutz ni.. Semoga, kita semua semua dapat berhijrah ke arah yang lebih baik lagi.. Moga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas.. (",)



p/s: Hari ini ada gak pi masjid.. berkobar-kobarlah nak dengar ceramah tentang hijrah.. aleh2 penceramah tu cerita tentang faraid?!! Lor.. tak perlah.. Terima aje lah ilmu apa aje yang disampaikan.. Hmmm.. T-T

Lukisan Budak Tadika Di Hujung Minggu

Hari ini sambung lagi main lukis2..
Dah tak ada benda yang nak dibuat..
Maka, lukisan2 ini lah tetiba terajin plak nak dibuat..
Tengoklah lukisan kanak2 ribena ini..
Yang dihasilkan sendiri oleh tuan punya blog ni..
Hahaha.. Lukisan ku ini memang ditahap bebudak je..
Tapi syiok ape..
Lukisan yang macam ni lah
Yang paling senang untuk dilukis..
Betul tak ipin?.. Ha.. betul..betul..betul..
Hehehe.. ^_^



Main conteng2... ^_^



Hello!!... Holla!!.. ^_^


Pon.. Pon.. Kecepis..Kecepis.. Vroomm... ^_^



Bayangkan... ^_^



Asalnya nak lukis maskot GIMP..
Aleh2 jadi
lukisan cacatlah plak..
Hahaha.. L
ayan ajerlah.. ^_^



Alien main2 kat laut tu... ^_^



Hai.. ^_^



Jom Jalan2 Naik UFO.. ^_^



Kura-kura Jalan-jalan Cari Makan.. ^_^
Lame tak b
uat cerita pasal kura2 tu..
[Apai, Upih dan Senik,
Macam mana dengan pengembaraan kalian itu?..]



Kura-kura kecik nak makan bunga yang besau tu..
Leh ker?... ^_^

Jom Main Lukis2

Dah lama tak melukis lukisan budak tadika ni... Hari ini.. Tetibe rasa nak melukis balik.. Rindu betul dengan lukisan budak tadika ni.. Kalau dulu rajin juga dok lukis2 lukisan kekanak ni.. Sekarang ni dah jarang-jarang.. Sebab dulu lukis pakai adobe flash.. La.. Ni.. Sekarang pakai GIMP plak.. Ok jugaklah pakai GIMP ni.. Nak lukis lukisan kekanak memang senang lah.. Huhuhu..


Untuk memenuhi ruang-ruang yang ada kat blog ni.. Nah.. Terimalah lukisan budak tadika dari saya versi tahun 2008 plak.. Kalau nak kate buruk pun, saya tak kisah... Hanya ini yang mampu saya lakukan.. Lukisan saya memang tahap tadika betul lah.. Tapi tak per.. Yang penting ecah n abalah suka.. Huhuhu.. Lalalalala... Ahakz.. (",)




Cube lukis pocoyo..
Tak jadik lah macam yang asal tu.. Hmm.. T-T



Lukis Umah n Keta sekerat.. Hahaha.. ^_^



Ni lah My Alien yang cool.. (",)



Alien pun nak gak badminton.. Hehehe.. ^_^



Alien ni dasyat arr..
Dia Ade 3 batang pensel yg gergasi plak tu..



Yo!! Yo!!.. Wassap berasap.. Hahaha.. =p




Ha.. Ni lukisan yang paling saya suka nak lukis..
Sejak dari kocik sampai besau..
Lukisan pemandang sawah padi memang senang nak lukis..
Tapi, lukis cikai2 cam ni ajerlah.. (",)



Oklah.. Sampai di sini dulu lukisan budak tadika 2008..
Ini baru intro jer..
Nanti ader mase..
Saya lukih lah lagi...
Itupun Tengok kerajinanlah..
Wokeylah.. Bye2..
Tata.. Titi.. Tutu.. ^_^

Abalah And Ecah

Ni baru lepas mandi-manda kat sagil



Abalah : Ecah tengok cepat kat atas tu... Ader burunglah..
Ecah: Mane2.. Ecah tak nampak pun..

Abalah: Tu.. Kat atas tu... (sambil memuncungkan mulutnya)
Ecah:
Ha'alah ada burunglah.. Burung apa tu abalah?
Abalah: Burung murai...

Ecah: Burung ape?
Abalah: Burung murai..

E
cah: Burung ape?
Abalah: Burung murai
lah ecah.. Saje uat pekak2 eh.. Abalah belasah kang..
Ecah: Ecah belasah abalah du
lu..


Hahaha.. Dialog diatas adalah rekaan semata-mata.. Tidak ada kena mengena dengan budak dua orang tu.. Itulah my cousin yang baru je masuk pra-sekolah semalam.. Nak ikutkan, si abalah tu aje yang masuk pra-sekolah tu dulu.. Tapi, abalah ni tak leh renggang dengan si ecah, adik dia ni.. Maka, si ecah terpaksalah menemankan abalah pi pra-sekolah tu.. Kalau tak.. Memang payahlah si abalah ni nak pi pra-sekolah.. Antara budak dua orang si ecah yang lagi excited nak pi.. Abalah biase2 ajer..


Hari pertama dia orang pi pra-sekolah tu.. Dia orang kate best sangat.. Beriyalah bercerita aktiviti dia orang untuk hari pertama tu.. Mula-mula belajar nyanyi ABC, pastu nyanyi bunyi haiwan.. Macam ni lagu dia...


Bunyi ayam.. kok kok kok..
Bunyi itik.. kue
k kuek kuek..
Bunyi burung.. peep peep peep..


Siap nyanyi ngan gayanya sekali.. Rugilah tak der kamera time tu.. Kalo tak, boleh rakam.. Memang klaka tul.. Teringat plak mase zaman kanak-kanak ribena dolu2.. Macam2 lagu der nyanyi..


Bila tanye ade tak kawan kat sane.. Dia orang cakap ader jer.. Bile tanye name kawan tu ape.. Jawabnya, tak taulah.. Tak tanye lagi nama kawan tu apa.. Hee.. Sabor ajelah bebudak ni.. Takpe.. Baru lagi, lame2 mesti dah tau lah tu..


Uat mase ni.. Mama dia orang yang hantar dia orang p
i sekolah.. Tapi, minggu depan, mungkin mak saya pulak yang akan hantar dia orang.. Teringat plak satu dialog yang abalah der cakap, lebih kurang cam ni dialog dia..


Abalah: Nanti bila mak long hant
ar.. Abalah nak jalan cepat2.. Nak tinggalkan mak long.. Pastu si ecah pulak jawab,
Ecah: Nanti mak long jerit, abalah.. T
ungguuu mak long...


Uihh.. Sabar ajerlah bebudak ni... Macam tau 2 aje apa yang mak long dia nk ckp. Teringat lagi satu dialog antara abalah n mak saya..


Mak long : Abalah, nanti dah besar nak jadi apa?

Abalah: Abalah dah
tak leh jadi ape2..
Mak long: Kenape?

Abalah: Sebab mama dah doakan abalah jadi ustaz...


Semoga dia benar2 menjadi ustaz abalah macam abah dia.. Bile dengar cerita tu.. Mem
ang kelakar jer.. Si abalah ni.. Kekadang ayat dia memang leh uat kita orang gelak lah.. Ayat dia skema habis.. Pastu cakap pun bersahaja jer.. Tapi, bila sekarang ni tanye soalan camtu kat die.. Jawapan dia ntah..
Hai.. Abalah..abalah..



Layan beb
udak memang best.. Tapi kekadang menguji kesabaran betul.. Lebih2 agi si ecah tu.. Aktif sungguh.. Suke cubit n pukul akak2 n abang2 dia.. Yang bagusnya abang2 n akak2 dia akan beralah kat dia biler dia uat macam tu.. Tapi, kekadang.. Dia orang balas balik kat ecah..


Ecah..ecah.. Selalu pesan kat dia, jadi budak baik, kat sekolah nanti jangan uat macam tu.. Jawapan yang dia berikan macam biasa, satu perkataan ni ajer.. TAU.. Itulah perkataan yang dia tau jawab.. Hee.. Kekadang memang geram betul lah.. Dengam muke dia cam korea tu.. Sentiasa saya geram kat dia.. Suke sangat uat suara rock dia tu...


Ni plak gambar yang diedit2 ton warna dia...
Saje nak menyemak-nyemakkan kat blog ni.. ^_^




Lagi..



lagi...




lagi...




lagi..



lagi...




and the last one...



Banyak agi gambo ni yang diedit..
Tapi maleh dah nk upload..
Bertambah semak lah plak kat blog ni nanti..
Huhuhu.. (",)

Jom Main Kamera!!

Ni tak de keje dok amik2 gambo..
Tapi gambo ni mungkin tak baper nak cun..
Yelah pakai kamera cikai2 ajer.. Ahakz..
Best jugak uat keje ni.. Hehehe..
Nah.. Terimalah...
Hasil daripada photographer
yang tak bertauliah ni.. (",)



Gambar ni diambil untuk memenuhi permintaan mak saya..
Dengan tidak me
ngecilkan hati beliau..
Maka saya pun t
unaikan aje permintaanya..
Kalau tak.. Kecik ati lah plak.. huhuhu..



Ni lagi.. Apa ek nama bunga ni...
Lor.. Lupe lah p
lak.. Huhuhu.. =p



Tengok tu.. Ader semut kat dalam bunga tu..



Macam mata kan..
Tak pun
macam orang pakai topeng..


Ha.. Ni lah ulam yang selalu keluarga saya makan..
Ulam Raja namanya..
Kalau tak de sayur yang masak2 tu..
Makan ulam pun sodap.. (",)



Sekian sudah snapshot saya kali ini..
Tapi nak ikutkan banyak lagi gambo yang saya snap..
Lain kali ajerlah saya letak..

Kamera yang dipakai : BENQ DC E43 ( yang cikai2 jer ni... =p )
Model : Pokok bunga mak saya n ulam raja yang di semai kat belakang umah tu..

Outlandish - Callin' U

Love This Song.. (",)
I'm Calling U ( ALLAH)



















I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& I don't feel nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't feel nobody
I don't call nobody but you
all i need in my life



Ni Video Asal